Dalam sejarah tokoh kekafiran yang paling dahsyat adalah
Firaun. Ia bukan sahaja tidak mengakui adanya Tuhan malah ia mengangkat dirinya
sebagai tuhan yang berhak disembah sehingga tergamak ia menyatakan di hadapan
rakyat jelata, “Akulah tuhan kamu yang maha tinggi.”
Orang-orang kafir seperti Raja Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab
dan beberapa orang lagi yang terkenal dalam sejarah, mereka tetap mengakui
adanya Tuhan. Hanya sahaja mereka tidak mengakui tuhan mereka adalah Allah Yang
Maha Esa.
Segala seruan Nabi Musa dan Harun sedikitpun tidak pernah ia
hiraukan, malah pernah suatu ketika Firaun naik ke puncak sebuah bangunan yang
tinggi dan melepaskan anak panah ke langit. Kebetulan anak panah itu jatuh di
hadapannya dengan bersimbahan darah, lalu ia isytiharkan pada rakyat jelata
bahawa ia telah membunuh Tuhan Nabi Musa sedangkan darah tersebut hanyalah
darah burung yang Allah tetapkan mengenai sasaran anak panahnya supaya ia
bertambah kufur dengan kesombongan dan kekafirannya.
Seluruh rakyatnya dipaksa untuk menyembah dan sujud padanya.
Sesiapa yang ingkar, pasti dibunuhnya sehingga seluruh rakyatnya merasa takut
dan tidak mempunyai pilihan kecuali menyembahnya.
Walaupun seluruh rakyat telah menyembahnya sebagai tuhan,
ada seorang yang paling dekat hubungan dengan dirinya berani mengingkarkan
dirinya sebagai tuhan iaitu istennya sendiri, Asiah.
Dialah satu-satunya orang yang beriman kepada Allah di
istana Firaun. Rahsia keimanannya yang disembunyikan selama ini telah
terbongkar berpunca dari ucapan perkataan “Allah” yang terbit dan mulutnya
secara tidak sengaja.
Firaun berusaha memujuk supaya ia kembali kepada
kekafirannya. Ia berkata: “Wahai isteriku, tahukah engkau akibat orang yang
mengingkari diriku sebagai tuhan? Sebelum engkau menyesal, ubahlah
pendirianmu!”
JawabAsiah dengan tegas: “Wahai Firaun, pendirianku tidak
akan berubah walau apapun yang akan menimpa diriku dan perlu engkau ingat
bahawa engkau dan aku adalah sama-sama manusia biasa. Tuhanmu dan Tuhanku
adalah Allah.”
Firaun berusaha memujuknya dengan kata-kata lemah lembut
tetapi tetap tidak berhasil, lalu digunakan kekerasan. Kata Firaun: “Hai Asiah,
jika engkau tidak mahu mengubah pendirianmu, pastilah engkau akan aku pancung!”
Jawab Asiah: “Wahai Firaun, lakukanlah apa yang engkau mahu
tetapi sedikitpun engkau tidak akan dapat menguasai pendirianku dan
dengarkanlah sekali lagi aku nyatakan bahawa Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah.”
Setelah usaha mempengaruhinya secara lemah lembut mahupun
secara keras juga tidak berhasil, lalu Firaun membuat pengumuman pada sekelian
rakyatnya bahawa seorang perempuan akan dipancung kepalanya akibat
keengganannya untuk mengakui Firaun sebagai tuhan iaitu Asiah, isterinya
sendiri. Semoga hukuman ini akan menjadi pengajaran bagi sesiapa yang ingkar
akan ketuhanan Firaun.
Pada masa yang telah ditentukan, berkumpullah sekalian
rakyat di suatu tempat di mana Asiah diikat patda sebatang pokok kurma. Firaun
masih tidak berputus asa dan cuba memujuknya.
Katanya: “Wahai Asiah, ubahlah pendirianmu. Engkau akan
kumaafkan.” Berulang kali pula Asiah menjawab: “Tidak, janganlah engkau cuba
mempengaruhiku lagi. Sia-sia sahaja perbuatanmu.”
Lalu Asiah memohon pada Allah sebagaimana yang telah
dijelaskan di dalam Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud: “Dan Allah
mengemukakan satu misal perbandingan bagi orang-orang yang beriman iaitu
perihal isteri Firaun ketika ia berkata: Tuhanku, binalah untukku sebuah istana
di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya
serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”
Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah, lalu Allah
perintahkan pada malaikat: “Sesungguhnya hambaKu memohon padaKu dan Aku
perkenankan permohonannya. Maka perlihatkanlah padanya gambarannya kerana
suaminya yang di dunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam
syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih
baik di dalam syurga.”
Maka malaikat pun menunjukkan gambaran keindahan syurga
sebagaimana permohonan Asiah. Pada ketika itu Asiah tersenyum seolah-olah ia
mencabar kematiannya. Asiah menghadapi kematian tidak dalam keadaan bersedih,
juga tidak menangis malah tersenyum.
Diriwayatkan dari Abi Umamah Al-Bahili dia berkata bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila datang bulan Syaaban, maka bersihkanlah
dirimu dan perbaikilah niatmu didalamnya.”
Hadith dari Usamah ra: Aku berkata; Ya Rasulullah SAW aku
tidak pernah melihatmu berpuasa satu bulan dari bulan bulan ini seperti puasa
dalam bulan Syaaban.” Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Usamah, itu adalah satu
bulan yang kebiasaannya manusia lengah darinya antara Rejab dan Ramadan.
Syaaban adalah satu bulan yang di dalamnya diangkat amal-amal ini kepada Tuhan
seru sekalian alam, maka sebab itu aku suka kalau amalku diangkat sedang aku
dalam keadaan puasa.”
Dikatakan bahawa sesungguhnya malaikat-malaikat di langit
memiliki dua malam hari raya, sebagaimana orang-orang Islam di bumi memiliki
dua hari raya. Hari raya bagi para malaikat ialah pada malam Bara’ah iaitu
malam nisfu Syaaban dan malam lailatul Qadar, dan raya bagi orang-orang Islam
di bumi ialah pada han raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
As-Subki dalam tafsirnya menyatakan: “Sesungguhnya malam
Nisfu Syaaban itu menutup dosa-dosa setahun, malam jumaat menutup dosa seminggu
dan malam Lailatul Qadar menutupkan dosa seumur hidup.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar