KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS
Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan
bahwa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada
langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit
ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali.
Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut
al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh
Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah
memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau
mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau
jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat
apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh
keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam
waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka
mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para
malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap
angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang
sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa
menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang
sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T
membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang
menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti
wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang
hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir
lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak
tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari
langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi
melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari
kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat
indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah
serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para
malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama
sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka
menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
"Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya
Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah
engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."
Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku,
Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak
menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."
Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan
atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."
Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku."
Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak
baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku."
Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu,
engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku."
Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka
pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong
menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang
berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong
mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka
dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti
melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai
anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan
cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan
perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada
disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang
yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada
mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka
pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan
iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar