Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi
suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan
tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak
bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan
Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa
memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah,
Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada
Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya
berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan
bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia
memberikan uang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit
ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat,
di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil
isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau
dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu
dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia
menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar
malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu
kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan
mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan
mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar